suria

Lapangan Terbang Malaysia Selamat - Tiong Lai

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong lai memberi jaminan bahawa lapangan terbang di Malaysia adalah selamat susulan insiden pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antabangsa 2 (KLIA) pada Isnin.

"Kes itu tidak ada kaitan dengan tahap keselamatan lapangan terbang negara. Kita memiliki sistem kamera keselamatan yang sangat baik.

"Lapangan terbang negara kita adalah selamat," kata Tiong Lai pada Rabu.

Beliau enggan mengulas lanjut tentang kes tersebut memandangkan pihak polis masih melaksanakan siasatan tetapi berkata, pihak pengurusan KLIA, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi kerjasama penuh.

"Kes itu masih dalam siasatan polis dan saya akan membiarkan mereka melaksanakan tugas tersebut serta tidak mahu mengulas lanjut mengenainya.

"Saya telah mengarahkan MAHB untuk bekerjasama dengan polis terutamanya dalam memberikan rakaman kamera keselamatan dan sebarang maklumat yang diperlukan," katanya.

Liow Tiong Lai, Kom Jong-nam, MAHB, KLIA2

Artikel Berikut

PPBM Jangan 'Heret' PAS Lagi

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan