PETALING JAYA: Mayat Kim Jong Nam yang merupakan abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong Un di KLIA2, Sepang, kelmarin dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Rabu. Menurut laporan portal berita Utusan Online yang memetik kenyataan satu sumber, mayat dibawa ke Jabatan Forensik HKL untuk proses bedah siasat oleh pakar forensik di hospital terbabit. Van yang membawa mayat Jong Nam dilihat keluar dari pekarangan Hospital Putrajaya pada pukul 8.55 pagi dengan diiringi empat kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM). Walau bagaimanapun, usaha Utusan Malaysia mendapatkan penjelasan lanjut pihak PDRM masih gagal. Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tangat Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan lelaki warga Korea Utara itu yang menggunakan nama, Kim Chol, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Mangsa dikatakan mendapatkan bantuan petugas lapangan terbang KLIA2 sebelum rebah secara tiba-tiba. Walau bagaimanapun, rangkaian televisyen Korea Utara, TV Chosun melaporkan, Jong Nam dipercayai diracun oleh dua wanita dipercayai warga negara itu yang ketika ini sedang menjadi buruan polis.