suria

Seorang Pembunuh Jong-nam Dicekup - TKP Noor Rashid

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan telah menahan seorang daripada wanita yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-nam di KLIA2 pada Isnin.

Wanita dalam lingkungan pertengahan 20an ditahan di lapangan terbang itu pada kira-kira pukul 9 pagi, Rabu.

Pemeriksaan mendapati, wanita itu menggunakan pasport Vietnam dan dipercayai ke lapangan terbang itu untuk pulang ke negara itu.

Ditanya sama ada suspek yang ditahan adalah wanita yang imejnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV), Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata: "Ya, wanita itu."

"Kami mengecamnya daripada imej CCTV itu dan menahannya. Dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk disoal siasat.

"Ya, kami percaya dia terlibat dalam insiden pada Isnin," katanya.

Beliau berkata, polis kini sedang bekerjasama dengan diplomat dari Korea Utara dan Vietnam untuk memastikan wanita yang ditahan itu sememangnya berasal dari Vietnam.

Noor Rashid berkata, selain memburu rakan wanita itu, polis juga mengesan beberapa suspek lain berkaitan pembunuhan itu.

Sumber polis berkata, mereka juga sedang mengesan empat lelaki susulan kejadian itu.

Jong-nam yang juga abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh oleh dua penyerang wanita di KLIA2.

Rakaman CCTV menunjukkan wanita berkenaan memakai baju putih dan skirt biru sedang menunggu untuk menaiki teksi di lapangan terbang itu. 

Noor Rashid, Kim Jong-nam, KLIA2

Artikel Sebelum

Artikel Lain