suria

Duta Korea Utara Ke HKL Urus Tuntut Mayat Jong-nam

KUALA LUMPUR: Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol dilihat pulang ke pejabatnya dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada tengah hari Jumaat susulan spekulasi mayat Kim Jong-nam akan dituntut pihak Pyongyang.

Dilaporkan Kang Chol dan beberapa pegawai dipercayai ke HKL pada sebelah pagi untuk menuntut mayat abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang dibunuh pada Isnin.

Mayat lelaki berusia 46 tahun itu dijangka dituntut Jumaat.

Empat kereta kedutaan dilihat meninggalkan hospital pada 12.15 tengah hari, manakala sebuah ambulans yang diiringi polis juga dilihat di situ.

Bagaimanapun, ambulans berkenaan tidak kelihatan di pejabat kedutaan negara itu.

Sebelum itu, pada 10.35 pagi, polis tiba di kedutaan itu kira-kira sejam selepas Kang Chol meninggalkan pejabatnya.

Setakat ini, pihak berkuasa negara ini memaklumkan AFP, mayat Jong-nam tidak akan diserahkan sehingga memperoleh contoh DNA daripada salah seorang anggota keluarga mangsa bunuh itu.

Pada Isnin, Jong-nam yang berada di KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Macau telah diserang dua wanita yang menyembur racun ke mukanya.

Jong-nam yang tiba ke negara ini dari Macau pada 6 Februari lalu menggunakan nama Kim Chol meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Kim Jong-nam, HKL, Korea Utara

Artikel Berikut

Khalwat: Suami Isteri Saman Jawi

Artikel Lain