suria

Siti Aisyah Pernah Bercerita Tentang Penggambaran Di Korea Utara - Rakan Suspek

Ilustrasi yang dipetik daripada portal detikcom.

SERANG: Suspek kedua kepada kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah pernah bercerita tentang Korea Utara, demikian dakwa rakan yang dapat dengan wanita itu.

Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai AZ, berkata, kali terakhir dia bertemu Siti Aisyah pada 21 Januari lalu di rumah suspek di Kampung Ranca Sumur.

Ketika itu katanya, Siti Aisyah tidak menerangkan secara terperinci tentang penggambaran di Korea Utara itu.

"Saya kurang tahu tentang perkara itu (penggambaran)," katanya seperti dilaporkan portal berita detikcom.

AZ merupakan kawan Siti Aisyah ketika mereka berdua bekerja di kedai kain di Jakarta Barat.

Siti Aisyah ditahan pihak berkuasa Malaysia pada Khamis selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Kejadian berkenaan berlaku di balai pelepasan Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin selepas Jong-nam disembur racun oleh dua wanita termasuk Siti Aisyah.

Kim Jong-nam, Siti Aisyah

Artikel Lain