suria

Kes Bunuh Jong-nam: Suspek Keempat Ditahan

KUALA LUMPUR: Salah seorang daripada empat lelaki yang sedang diburu polis berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin negara itu Kim Jong-un telah ditahan.

Difahamkan suspek ditahan dalam satu serbuan polis di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama kira-kira pukul 11 malam Jumaat.

Suspek berusia 47 tahun itu ditemui memegang pasport Korea Utara ketika ditahan.

Tiga lagi suspek masih diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Jong-nam.

Pada Khamis, warga Indonesia Siti Aisyah ditahan di Ssebuah hotel di Ampang kira-kira pukul 2 pagi.

Polis mengenal pasti identiti suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bersendirian semasa tangkapan dilakukan.

Teman lelakinya turut ditahan polis bagi membantu siasatan.

Pada Rabu, polis menahan seorang wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, ketika keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) pada pukul 8.20 pagi.

Isnin lalu, Jong-nam diserang ketika berada Klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau.

Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.




Kim Jong-nam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain