suria

Ri Jong Chol, Suspek Keempat Ditahan Sah Warga Korea Utara

Kim Jong-nam.

KUALA LUMPUR: Suspek keempat yang ditahan polis berkaitan kes pembunuhan Kim Jong-nam dikenal pasti sebagai Ri Jong Chol yang juga warganegara Korea Utara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.50 malam Jumaat.

Berdasarkan penemuan kad pengenalan Korea Utara (i-Kad), suspek dikenal pasti sebagai Ri Jong Chol, dilahirkan pada 6 Mei 1970 dan merupakan warganegara Korea Utara.

Suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama pada Jumaat.

Dengan penahanan suspek itu, polis kini memburu tiga lagi individu dipercayai dalang utama kes pembunuhan Jong-nam.

Sebelum ini polis menahan dua suspek wanita masing-masing warga Vietnam dan Indonesia, selepas dipercayai terbabit dalam pembunuhan Jong-nam, di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Isnin lalu.





Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain