Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata sudah tiba masanya bagi Proton untuk berdiri sendiri setelah 32 tahun diselia kerajaan.
"Rakan strategik adalah bagi meningkatkan keupayaan Proton dari segi teknologi sekaligus meningkatkan keupayaannya bersaing di pasaran antarabangsa dan menghasilkan kereta bermutu tinggi," kata Johari.
Beliau ditemui media selepas melancarkan Aplikasi Mobile Semakan Bantuan Rakyat 1Malaysia di sini Selasa.
Beliau berkata kerajaan memandang serius kedudukan pengeluar kereta nasional itu yang telah menyediakan banyak peluang pekerjaan dalam syarikat itu serta anak-anak syarikatnya.
"Ekosistem dalam Proton penting bagi kerajaan kerana kalau ia tidak diuruskan dengan baik, pekerjaan-pekerjaan yang diwujudkan itu akan hilang, satu situasi yang kerajaan tidak mahu lihat dalam keadaan ekonomi hari ini," kata beliau lagi.