suria

Warga Bangladesh Maut Dihempap Struktur Bangunan

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh maut apabila struktur bangunan sebuah apartment di Bukit Jalil di sini yang dalam pembinaan, runtuh, Selasa.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa dikenali sebagai Anisur, 24, yang sedang melakukan kerja pembinaan di tingkat 17 maut di lokasi kejadian selepas dihempap struktur bangunan yang runtuh dari tingkat atas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil Jalailudin Abdul Mubin berkata  kejadian dipercayai berlaku apabila perancah di tapak pembinaan itu tiba-tiba runtuh dan menghempap mangsa.


"Tiada pekerja lain yang cedera dan mayat mangsa dibawa keluar dari tempat pembinaan pukul 6.35 petang," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.08 petang dan mengerahkan 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Seputeh dan Hang Tuah ke lokasi kejadian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wanita Maut Ditembak Di P.Pinang

Artikel Lain