Anak ketiga Allahyarham, Mohd Marwan berkata jenazah kini berada di kediamannya di Kampung Selayang Pandang, Batu Caves dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda pada 4 petang ini.
"Pada malam dua hari lepas (23 Februari) ayah mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital (Hospital Selayang)," katanya ketika dihubungi Bernama, Sabtu.
Allahyarham merupakan Adun Paya Jaras, Selangor dari tahun 1986 hingga 1999 serta pernah memegang jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1982 hingga 1990.