suria

Jong-nam Mungkin Dikesan Di Media Sosial

KUALA LUMPUR: Pembunuhan berlaku dengan pantas dan tepat, tetapi perancangannya mengambil masa berbulan-bulan.

"Pasti ia satu operasi yang teliti, mengambil bulan berbulan-bulan untuk buat perancangan sebelum akhirnya dapat dilaksanakan," menurut sumber, mengulas kematian Kim Jong-nam.

Dan, pembunuhannya juga mungkin ada kaitan dengan media sosial.

Sumber berkata, mereka yang berkomplot dalam kes ini mungkin mengesan mangsa, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, melalui media sosial.

"Media sosial mungkin menjadi salah satu alat yang digunakan untuk mengesan mangsa yang aktif di platform itu," kata sumber berkenaan.

Apabila perbuatan jahat itu dilakukan, kedua-dua suspek wanita yang telah ditahan dipercayai mempunyai rancangan untuk melarikan diri ke negara jiran.

"Mereka mungkin terpaksa menunggu beberapa hari untuk berbuat demikian tetapi rancangan mereka gagal apabila polis berjaya mengesan mereka sebelum sempat melarikan diri," kata sumber itu ketika dihubungi, Jumaat.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata: Kami percaya mereka telah buat perancangan dalam tempoh tertentu.

Khalid berkata, rakyat Malaysia juga mungkin terlibat dalam pembunuhan itu.

"Masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan," katanya.

Polis, katanya, masih mencari tiga lelaki Korea Utara untuk membantu siasatan.

Mereka adalah Setiausaha Kedua kedutaan, Hyon Kwang-song, 44 (tiba di Malaysia pada 20 September 2016), pekerja Air Koryo, Kim Uk-il, 37, (tiba pada 29 Januari) dan Ri Ji-u, 30, juga dikenali sebagai James. Tidak banyak yang diketahui mengenai Ri setakat ini.

"Kami percaya dia masih di negara ini," katanya.
media sosial, Kim Jong-nam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain