Seorang lelaki tidak dikenali yang memakai pakaian kasual tiba di pintu pagar kedutaan dan menyerahkan sampul surat berkenaan kepada seorang pegawai dari kedutaan.
Cop Kementerian Luar dapat dilihat tertera di atas sampul surat tersebut.
Terdahulu, pegawai kedutaan memberitahu wartawan yang menunggu di luar pintu pagar supaya memberi laluan kerana satu dokumen bakal dihantar.
Bangunan kedutaan itu telah menjadi perhatian sejak pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari lalu.