suria

Racun Disangka Minyak Bayi - Siti Aisyah

PETALING JAYA: Suspek wanita Indonesia dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah mendakwa dia diupah oleh dua lelaki untuk melakukan 'gurauan' terhadap mangsa.

Timbalan Duta Indonesia ke Malaysia, Andreano Erwin berkata, Siti Aisyah mendakwa, dua lelaki berkenaan yang dinamakan sebagai James dan Chan, memiliki paras rupa seperti rakyat Korea atau Jepun.

Andreano yang dibenarkan bertemu Siti Aisyah selama setengah jam di lokap balai polis Cyberjaya pada Sabtu, berkata, suspek dibayar sebanyak RM400 untuk melakukan aksi tersebut sebagai sebahagian program realiti di Malaysia.

Beliau berkata, Siti Aisyah mendakwa dia tidak tahu jenis cecair yang diberikan dan menyangka cecair itu merupakan minyak bayi.

Mengulas tentang hubungan Siti Aisyah dan suspek warga Vietnam, Doan Thi Huong, Andreano berkata, wanita tersebut mengakui tidak mengenalinya.

"Siti Aisyah berada dalam keadaan sihat," kata beliau sambil menambah pihak kedutaan menunggu perkembangan lanjut siasatan polis.

Jong-nam, 45, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu ketika menunggu penerbangan ke Macau.

Siti Aisyah, Kim Jong-nam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain