suria

Lelaki Mati Dalam Tahanan Di Lokap Bukit Sentosa

- Gambar hiasan
HULU SELANGOR: Seorang lelaki meninggal dunia semasa dalam tahanan polis di lokap Bukit Sentosa di sini, lebih dua minggu selepas kejadian sama berlaku di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.

Seorang sentri mendapati Thanaseelan Muniandy, 43, tidak sedarkan diri dalam sel kira-kira pukul 1.50 pagi Sabtu dan memaklumkan perkara itu kepada pegawai yang mengendalikan kaunter maklumat di Balai Bukit Sentosa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R.Supramaniam berkata polis berpangkat konstabel itu kemudian memaklumkan kepada Ketua Balai Bukit Sentosa dan telah diarahkan untuk menghubungi Hospital Kuala Kubu Baru.

"Ambulans tiba dan kakitangan perubatan mengesahkan dia mati di tempat kejadian.

"Mayatnya telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat yang dijadualkan pada Isnin," katanya.

Supramaniam berkata Thanaseelan berada di bawah reman mahkamah dari 22 hingga 25 Februari ini atas kesalahan pecah rumah.

"Dia telah dirujuk ke Hospital Kuala Kubu Baru pada Jumaat selepas mengadu sakit perut di mana dia telah diberikan rawatan," katanya.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Pada 8 Februari, S. Balamurugan, 44, meninggal dunia di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.

Beberapa kesan luka, lebam dan darah jelas kelihatan pada tubuh mayat.

Peguam N. Surendran dan Latheefa Koya berkata, bedah siasat kedua dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan bahawa Balamurugan mati akibat 'penyakit arteri koronari dengan pelbagai kecederaan oleh benda tumpul'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain