suria

Abdul Amzar Berat Hati Kembali Ke New Zealand - Bapa

Abdul Amzar Azim Azmi.

ALOR SETAR: Pelajar Malaysia yang ditemui lemas di Tasik Karapiro, New Zealand petang Isnin, Abdul Amzar Azim Azmi, 21, menunjukkan perubahan yang sangat ketara, beberapa hari sebelum berangkat balik ke negara itu, Selasa lalu.

Bapanya Azmi Abd Seman, 49, berkata anaknya yang baru kembali ke negara itu setelah bercuti tiga bulan sejak November, menunjukkan perangai pelik seperti memasuk dan mengeluarkan semula pakaiannnya ke dalam bagasi berulang kali, seminggu sebelum berangkat.

"Bilik dia macam tongkang pecah, dia seolah-olah terlalu berat hati untuk kembali ke New Zealand.

"Pada hari dia nak bertolak balik pula, dia tak bercakap sepatah pun dengan kami dan tidak memeluk dan mencium kami seperti biasa," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Belukar, Hutan Kampung, di sini.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Isnin mengesahkan Abdul Amzar Azim dijumpai mati lemas di Tasik Karapiro pada pukul 12 tengah ini (waktu tempatan) oleh pihak berkuasa tempatan selepas hilang Ahad.

Allahyarham adalah penuntut bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Waikato, Hamilton dan mangsa dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi di tasik itu petang Ahad. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain