KUALA LUMPUR: Nasib pekerja pejabat Tourism Malaysia yang diumumkan penutupannya pada Januari masih belum dapat ditentukan, kata Datuk Azih Muda.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) itu berkata, sehingga kini, status penempatan pekerja yang terlibat dengan keputusan kerajaan itu masih belum dapat diputuskan.
Azih bagaimanapun berkata, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz telah bersetuju untuk bertemu Cuepacs berhubung perkara ini.
"Menteri sudah maklum dan telah setuju nak jumpa kita tapi belum dapat tarikh lagi.
Daripada jumlah tersebut, 39 daripadanya berstatus kontrak di mana mereka berisiko kehilangan pekerjaan secara serta-merta.
Nazri ketika mengumumkan penutupan kesemua 14 pejabat pelancongan 23 Januari lalu berkata, ia tidak melibatkan pemberhentian kakitangan, sebaliknya mereka akan diserap ke ibu pejabat kementerian dan jabatan lain.
Katanya, keputusan ini dibuat bagi mengelak pertindihan kerja dengan agensi negeri dalam mempromosi pusat pelancongan negara ini dan langkah itu dijangka dapat menjimatkan kos sebanyak RM6 juta setahun yang boleh diguna sebagai perbelanjaan lain.