suria

Tiga Maut, Empat Cedera Van Bertembung Kereta Api

Keadaan van yang terperosok selepas bertembung dengan kereta api membawa penumpang dari Kota Kinabalu ke Beaufort di Kampung Memanjang Beaufort pada Selasa. fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Tiga orang maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang bayi perempuan apabila van mereka bertembung dengan kereta api penumpang yang datang dari arah Kota Kinabalu menuju Beaufort petang Selasa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kejadian berlaku di Kampung Memanjang, Beaufort dengan tiga mangsa maut di lokasi kejadian.

Ia berkata mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Sufiana Razali, Misah Maznun, Lamisah Maznun, Siti Nur Farhena Maznun serta seorang bayi berumur setahun lapan bulan iaitu Siti Nur Farhena Maznun.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira 2.57 petang. - BERNAMA

kemalangan, Beaufort

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain