Presidennya Datuk Hamzah Rahmat berkata ini kerana kerjasama itu memerlukan penglibatan 'orang tengah' dari negara lain.
"Lagipun jarang-jarang sekali rakyat kita melancong ke sana kerana perjalanan ke sana (Korea Utara) bukan mudah. Jika adapun atas urusan rasmi sahaja," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.
Hamzah berkata terdapat kira-kira 3,100 ejen pelancongan di bawah Matta dan 80 peratusnya daripadanya berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak mengunjungi Korea Utara atas faktor keselamatan, berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam abang kepada pemimpin negara itu, Jong-un di negara ini pada 13 Februari lepas.
Mohamed Nazri berkata kerajaan bimbang kemungkinan berlaku perkara yang tidak diingini.