BUTTERWORTH: Suasana suram menyelubungi upacara pengebumian Tan Li Gian, 21, dan anak lelakinya berusia tiga tahun, Eonithin yang mayat mereka ditemui terdampar di pantai Teluk Bahang pada Rabu lalu. Suami Tan, K. Amarish, 21, mengetuai perarakan pengebumian itu di kediaman mereka di Medan Kemuning dekat Jalan Raja Uda di sini kira-kira pukul 11 pagi Ahad. Ahli keluarga jauh dan mahupun dekat hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mereka sebelum mayat tersebut dihantar untuk dibakar di Tanah Perkuburan Cina Berapit, Bukit Mertajam. Mayat Tan yang sedang mengandung anak kedua dan anak lelakinya ditemui orang ramai yang mengunjungi pantai tersebut kira-kira pukul 6.30 petang, 1 Mac lalu. Kedua-dua mereka ditemui dalam keadaan berikat. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan menolak sebarang unsur jenayah.