SANDAKAN: Seorang pekerja maut tertimbus tanah runtuh ditapak pembinaan tiang pencawang elektrik di Batu 25, Jalan Labuk, Selasa. Mangsa, seorang lelaki warga India dikenali sebagai Sona Mahto, 32, mati ditempat kejadian manakala seorang lagi pekerja, Tipnarayan Mahto,33, juga dari India, mengalami kecederaan ringan. Insiden tersebut berlaku apabila penghadang besi di tepi lubang sedalam duameter itu runtuh ketika dua pekerja sedang bertugas. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad berkatalaporan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 4.39 petang dan 10 anggota dikejarkan ke lokasi. Beliau berkata mangsa yang tertimbus dikeluarkan menggunakan jengkaut dan cangkul oleh pekerja lain. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke situ untuk rawatan.