suria

Suspek Pengganas Yaman Sasar Kerabat Diraja Arab Saudi - KPN

Khalid Abu Bakar.

GEORGE TOWN: Empat suspek warga Yaman yang ditahan oleh Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman merancang untuk menyasarkan kerabat diraja Arab Saudi yang mengadakan lawatan ke Malaysia, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara berkata, suspek pengganas turut terlibat dalam sindiket memalsukan dokumen perjalanan dan pengedaran dadah.

"Kita berjaya menahan mereka ketika waktu penting, syukur mereka tidak dapat berbuat demikian walaupun mendekati mereka," katanya di Hotel Equatorial di sini, Selasa.

Empat anggota militan warga Yaman ditahan dalam beberapa serbuan yang dikendalikan oleh Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman dari 21 Februari sehingga 26 Februari lalu.

Keempat-empat warga Yaman itu berusia antara 26 dan 33 tahun, ditahan di Cyberjaya pada 26 Februari.

Raja Salman Abdulaziz Al Saud dari Arab Saudi tiba di Malaysia pada 26 Februari lalu sempena lawatan empat hari ke negara ini.

Artikel Lain