suria

Polis Cari 'Gadis Karate' Bantu Siasatan

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan seorang pengguna Facebook yang mendakwa bahawa dia telah berjaya membelasah dua lelaki yang cuba merogolnya, menyebabkan mereka berada dalam  keadaan koma. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehuddin Abdul Rahman berkata polis telah membuka kertas siasatan terhadap dakwaan tersebut.

"Kami sedang menyiasat perkara ini di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan undang-undang lain yang berkaitan," katanya semalam.

Dia berkata polis juga meminta wanita itu, yang dikenali  sebagai Alice Lien Hua, untuk tampil dan membantu mereka dalam siasatan mereka.

Dalam status Facebook, wanita itu yang dikatakan atlet karate dan bekas atlet negeri, mendakwa kejadian itu berlaku di Penampang dan bahawa dia telah memukul kedua-dua lelaki itu.

Jelas wanita itu lagi, dia tidak membuat laporan polis kerana bimbang akan dibawa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman mati.

"Alice" juga berkata, jika terpaksa, dia akan meninggalkan negara ini.

Ketua Penampang polis, Supritendan Rosley Hobden sebelum ini mendakwa berita yang menjadi tular di beberapa laman blog dan portal atas talian sebagai palsu.

Karate p[erogol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain