suria

Saya Bukan Terrorist - Dr Zakir

PETALING JAYA: Pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik menafikan dirinya pembawa agenda terrorist.

"Saya tidak pernah lakukan pemberontakan atau keganasan terhadap manusia sepanjang hidup saya. Saya hanya sampaikan mesej kedamaian kepada seluruh manusia," katanya.

Beliau percaya individu yang melemparkan dakwaan tidak berasas itu mempunyai agenda tersembunyi demi kepentingan diri sendiri atau organisasi.

Justeru, beliau meminta mereka yang menuduhnya sebagai pengganas supaya tidak menyebut sedemikian di khalayak ramai.

"Ada beberapa pihak yang tidak mahukan kedamaian wujud di dunia ini. Jadi untuk merealisasikan perkara itu, pihak terbabit membuat tuduhan tidak berasas terhadap saya," katanya.

Penjelasan Dr Zakir itu dipetik dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian pada Sabtu.

Pada masa sama, Dr Zakir turut menyifatkan mereka yang menimbulkan persepsi keganasan terhadap minda manusia boleh diklasifikasikan sebagai terrorist.

"Ada pihak yang tidak senang dengan tindakan saya, lantas mereka buat tuduhan tidak berasas terhadap saya sedangkan saya menyampaikan mesej kedamaian demi Allah SWT," katanya.

Jelas Dr Zakir, beliau tidak menghiraukan tuduhan itu dan akan terus menyampaikan mesej untuk kebaikan manusia sejagat.







Dr Zakir Naik

Artikel Lain