suria

Komputer Dalam Timbunan Sampah Di Luar Kedutaan Korea Utara

KUALA LUMPUR: Tiga komputer riba dan komputer meja tanpa pemacu cakera padat telah dibuang diluar pejabat Kedutaan Korea Utara di sini.

Komputer yang kelihatan rosak itu dilihat berada di luar premis itu bersama longgokan sampah pada pagi Ahad.

Turut dibuang adalah bunga, pembesar suara dan beberapa barangan lain.

Barangan itu dipercayai dibuang pada awal pagi Ahad.

Polis Malaysia percaya dua lelaki yang mempunyai kaitan dengan pembunuhan Kim Jong-nam masih bersembunyi di dalam kedutaan itu.

Mereka adalah setiausaha kedua Hyon Kwang-song, 44 dan pekerja Air Koryo, Kim Uk-il, 37.

Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Uk-il dan surat permohonan untuk mendapatkan kerjasama Kwang-song juga telah dihantar menerusi Wisma Putra.

Selain itu, suspek ketiga, Ri Ji-u, 30 yang dikenali sebagai James juga sedang diburu pihak berkuasa negara ini.

Jong-nam dibunuh di KLIA2 selepas diserang dua wanita menggunakan senjata kimia, agen saraf VX ketika menunggu penerbangan ke Macau pada 13 Februari lalu.

Pada 1 Mac lalu, warga Vietnam, Doan Thi Huong dan rakyat Indonesia Siti Aisyah telah didakwa kerana membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Korea Utara, komputer, Jong-nam

Artikel Sebelum

Artikel Lain