suria

Bekas Mufti Negeri Sembilan Meninggal Dunia

SEREMBAN: Bekas Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, 79, meninggal dunia pada Selasa akibat sakit tua.

Allahyarham meninggal dunia pada 3.08 petang tadi di rumah anaknya di Sendayan, dekat sini. 

Bercakap kepada Bernama, anak sulung Allahyarham, Hafif, 41, berkata jenazah akan dibawa ke kediaman bapanya di Taman Seri Putih, Rasah, untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Makam Haji Said, 11 pagi Rabu.

Mohd Murtadza, menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sembilan selama 22 tahun mulai tahun 1987.

Antara pencapaian Allahyarham ialah pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2000 dan Anugerah Tokoh Ulama sempena sambutan 100 tahun madrasah Al-Attas Arabiah, Johor pada 2011. 

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Lily Mohd Sidek, 68, dan enam orang anak. - BERNAMA

Mohd Murtadza Ahmad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain