suria

Kenaikan Harga Gula Minimum - Hamzah

Hamzah Zainudin.

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga gula yang ditetapkan kerajaan baru-baru ini adalah minimum, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin sambil menambah bahawa kebajikan rakyat masih diutamakan.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa, Hamzah berkata, harga gula masih murah di Malaysia berbanding di Thailand.

"Kita import 100 peratus gula kasar , dan 50 peratus daripadanya adalah dari Thailand.

"Di sana, harga runcitnya adalah RM3.20 sekilogram," katanya sambil menambah bahawa kenaikan harga gula 3.8 peratus yang dikenakan Malaysia adalah minimum.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan harga gula pasir putih bertapis kasar dinaikkan kepada RM2.95 sekilogram dari RM2.84 sekilogram berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Hamzah berkata, rakyat Malaysia seharusnya menyedari berapa banyak usaha kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat.

"Fikirkan, ini bermakna kerajaan benar-benar fikir tentang semua perkara dan mengambilnya sebagai pertimbangan.

"Kita mengira semua sehingga ke lima mata perpuluhan.

"Jadi kalau peniaga beretika, tidak akan ada masalah dengan kenaikan ini," katanya, sambil menambah bahawa mereka yang melanggar Akta Anti Pencatutan akan berdepan dengan hukuman.

Artikel Lain