suria

Mayat Jong-nam Diawet, Kata Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan mayat warga Korea Utara, Kim Jong-nam diawet untuk pemeliharaan lebih baik.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa, Ahmad Zahid berkata, mayat itu dibawa keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai prosedur.

"Ya, benar. Ia merupakan usaha untuk memelihara mayat.

"Sebab kalau disimpan di dalam bilik mayat, ia mungkin akan mereput maka kita perlu memeliharanya," kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un itu maut sebulan lalu pada 13 Februari.

Jong-nam diracun oleh dua wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Mayat Jong-nam dibawa ke HKL dan dilakukan bedah siasat.

Sabtu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan mayat dikenal pasti sebagai Jong-nam.

Kim Jong-nam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain