DENGKIL: Seorang kanak-kanak ditemui rentung dalam kebakaran di kawasan perumahan Taman Gemilang di sini awal pagi Rabu.
Menurut jurucakap jabatan bomba, kebakaran kira-kira 4.27 pagi itu melibatkan tiga rumah teres setingkat.
Sebuah rumah terbakar hampir keseluruhannya manakala rumah di kiri dan kanannya masing-masing terbakar 50 peratus, katanya.
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dan Balai Bomba KLIA dikerah ke tempat kejadian dan dapat mengawal kebakaran kira-kira 5.14 pagi.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, katanya.
Identiti mangsa masih belum diketahui. - BERNAMA