suria

Pandikar Amin Tegur Ahli Parlimen Lambat Tarik Balik Kenyataan Kecaman

KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur anggota parlimen yang mengambil masa terlalu lama untuk menarik balik kenyataan kecaman yang dikeluarkan semasa persidangan Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat itu berkata anggota parlimen sepatutnya berbuat demikian dengan segera sekiranya telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

"Perkara yang berlaku kelmarin, adalah (hal) kelmarin. Jangan hal yang berlaku kelmarin Yang Berhormat bangkitkan pada saya sekarang, kerana kalau saya benarkan itu nanti perkara yang berlaku tahun lalu pun akan juga Yang Berhormat bangkitkan hari ini," katanya sebelum sidang mesyuarat menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau merujuk tindakan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bangkit untuk menarik balik perkataan kurang elok yang digunakannya terhadap Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) semasa mencelah perbahasan Annuar petang semalam.

Lip Eng menggunakan perkata 'pengecut' dan 'pondan' terhadap Annuar selepas Anggota Parlimen Ketereh itu tidak membenarkan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) mencelah beliau semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong. -- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain