suria

Culik: 18 Warga Malaysia, Indonesia Ditahan

KULAI: Polis menahan 18 rakyat Malaysia dan Indonesia yang disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang suri rumah di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wanita berkenaan telah diculik di rumahnya di Bandar Putra di sini pada kira-kira pukul 3.30 pagi, 21 Februari lalu.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Batam, Indonesia dan ditempatkan di sebuah ladang.

Katanya, mangsa yang menjadi tebusan selama 27 hari berjaya diselamatkan hasil kerjasama ahli keluargannya dengan polis.

Mangsa telah dibawa pulang dari Batam pada Ahad.

"Penculik mengambil masa kira-kira dua minggu sebelum menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut wang tebusan.

"Faktor penting dalam kes ini adalah keluarga mangsa tidak mendapatkan publisiti dan ia membantu polis untuk menyelesaikan kes dan membawa wanita itu pulang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Unit Risikan Jenayah di sini, Isnin.

Khalid berkata, seramai 12 suspek ditahan di sekitar Johor Bahru, manakala enam lagi ditahan di Batam.



Batam, Bandar Putra

Artikel Lain