suria

SPRM Tahan Dua Anggota Polis Dipercayai Terbabit Rasuah

KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis pada Isnin menahan dua anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Kedah kerana dipercayai terbabit dengan rasuah.

Pengarahnya, Yaacob Angah berkata anggota dari unit peronda polis (MPV) berumur 30-an hingga 50-an itu ditahan di sempadan Kedah/Perlis bagi membantu siasatan satu kes meminta rasuah sebanyak RM4,000.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Yaacob berkata kedua-dua anggota polis itu didakwa meminta rasuah daripada seorang pengedar daun ketum yang ditahan pihak berkuasa baru-baru ini.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

kes rasuah, polis, SPRM

Artikel Lain