suria

Stor Di Wad Hospital Segamat Terbakar

Gambar hiasan.

JOHOR BARU: Satu kebakaran kecil berlaku di stor simpanan cadar dalam sebuah wad di Hospital Segamat, petang Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang berkata laporan kejadian diterima pada 5.34 petang dan sebuah jentera dengan empat keanggotaan digegaskan ke lokasi.

"Kebakaran melibatkan 10 peratus stor simpanan cadar hospital dan terdapat kesan jelaga.

"Kebakaran dipadamkan oleh pihak keselamatan hospital dan semua pesakit telah dikeluarkan semasa bomba tiba," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Penerangan dan Pendidikan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata kebakaran itu melibatkan Bilik Linen di Wad 3.

Beliau berkata keadaan kini adalah terkawal dan 45 pesakit yang berada di Wad 3 dan 16 lagi di Wad 4 telah dikeluarkan sebagai langkah keselamatan.

"Alhamdulillah tiada yang buruk berlaku," katanya. - BERNAMA

Hospital Segamat, stor, kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain