suria

Tan Sri Direman Lima Hari Cuba Rasuah Sultan Johor

Individu bergelar Tan Sri yang ditahan atas cubaan merasuah Sultan Johor tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman oleh SPRM.

PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan yang berpusat di Klang direman berhubung dakwaan cuba untuk menawarkan rasuah RM2 juta kepada Sultan Johor.

Individu yang bergelar Tan Sri itu direman selama lima hari sehingga 4 April bagi membolehkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan terhadap dakwaan Sultan Johor.

Lelaki berusia 54 tahun itu direman di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Individu berkenaan tiba pada pukul 9.30 pagi Jumaat, diiringi pegawai SPRM dan dibawa ke mahkamah majistret di sini.

Majistret, Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman mengeluarkan perintah reman ke atas lelaki tersebut.

Lelaki bergelar Tan Sri itu diwakili peguam Datuk K Kumaraendran, JR Tey dan Datuk Joshua Kevin.  

Pada Khamis, SPRM memberi tempoh sehingga tengah malam kepada individu terbabit tampil menyerah diri, dan jika gagal berbuat demikian identitinya akan didedahkan.

Sabtu lalu, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerusi halaman rasmi Faceook memberitahu baginda ditawarkan ditawarkan RM2 juta untuk mencadangkan nama individu berkenaan kepada Ketua Setiausaha Negara bertujuan memperoleh gelaran 'Tan Sri'.


Artikel Sebelum

Artikel Lain