PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada awal pagi Sabtu. Ahli Parlimen Ketereh itu juga dikatakan pening dan muntah pada pukul 6 pagi tadi. Mesej yang tersebar juga memaklumkan mengenai Ketua Penerangan Umno itu dimasukkan ke wad Unit Rawatan Koronari (CCU) hospital berkenaan. Semua pihak juga diminta mendoakan kesihatan Annuar atau dikenali dengan nama singkatannya, TSAM. "TSAM sekarang berada di wad. Doktor menasihatkan TSAM berehat dan pelawat tidak digalakkan buat masa ini. "Moga kita sama-sama doakan TSAM sembuh segera," kata pegawai media Annuar, Zian Johari.