suria

Enam Pegawai Imigresen Sarawak Didakwa Rasuah

Enam pegawai Imigresen terbabit meninggalkan kamar mahkamah selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah.

KUCHING: Enam pegawai Imigresen Sarawak didakwa atas pertuduhan rasuah di Mahkamah Khas Rasuah di sini Isnin.

Mereka didakwa secara berasingan dengan menerima rasuah antara RM200 hingga RM1,000 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Keenam-enam tertuduh itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong.

Dua pegawai terbabit, Gracy Bohan dan Norhaliza Hussein mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah.

Empat tertuduh lain masing-masing berdepan satu pertuduhan.

Gracy, 34, didakwa menerima RM100 melalui pemindahan wang dalam talian pada 22 April tahun lalu dan RM100 lagi pada 25 Disember lalu.

Norhaliza, 32, pula didakwa menerima RM100 menerusi pemindahan bank pada 1 Januari tahun ini dan RM500 pada 27 Disember lalu.

Agnes James Daim, 41, didakwa menerima RM200 melalui pemindahan bank pada 24 Disember tahun lalu; Emily Ngayan Beliang, 36, menerima RM300 pada 6 Januari 2017; Benjamin Morsit, 33, menerima RM200 pada 13 Disember dan Khairul Nizam Omar menerima RM1,000 pada 19 Disember.

Hakim menetapkan pengurusan kes sebelum perbicaraan untuk enam kes itu pada 28 April ini.

Kesemua tertuduh dibebaskan dengan ikan jamin antara RM5,000 hingga RM8,000 setiap seorang.

rasuah, pegawai Imigresen

Artikel Berikut

Artikel Lain