suria

Timbalan Pengurus Projek Maut Ditikam

MIRI: Seorang timbalan pengurus projek pembangunan maut akibat ditikam dalam pergaduhan di luar pusat snuker di pekan Bekenu, kira-kira 60 kilometer dari sini.

Yusuf Sidani, 45, dari Sabah meninggal dunia pada pukul 8 malam Sabtu dalam kejadian yang berlaku di selatan Miri itu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, polis menerima panggilan kecemasan selepas insiden pergaduhan itu.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi dengan kesan tikaman pada dada. Dua lagi yang juga pekerja warga Indonesia berusia 20an cedera dan dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan.

"Salah seorang daripada mereka ditikam di belakang dan cedera parah, manakala yang lain hampir terputus jari," katanya.

Dipercayai mereka bertiga diserang seorang lelaki Indonesia menggunakan senjata tajam.

"Kami percaya pergaduhan itu berlaku selepas mereka minum di pusat snuker itu," katanya yang kini sedang memburu lelaki yang menyerang mangsa.

Bekenu, Yusuf Sidani

Artikel Lain