PETALING JAYA: Sebuah kereta model Porsche Cayenne terbakar berhampiran sebuah stesen minyak dekat Jalan Klang Lama pada Jumaat.
Kira-kira 12 anggota bomba berjaya memadam kebakaran itu 30 minit kemudian.
Kereta mewah itu bagaimanapun 80% terbakar.
Tiada individu cedera dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 2.40 petang itu.