suria

Ketua Pengarang The Star Leanne Dipilih Pengerusi ANN

Leanne Goh.

BANGKOK: Ketua Pengarang The Star, Datuk Leanne Goh dari Malaysia dipilih sebagai Pengerusi Asia News Network (ANN) bagi tempoh 2017/2018.

Perlantikan itu dibuat Lembaga Eksekutif ANN, satu gabungan melibatkan 22 organisasi media dari 21 negara pada hujung minggu lalu.

Beliau menggantikan Zaffar Abbas, pengarang Dawn dari Pakistan.

Leanne berkhidmat sebagai ahli Lembaga Ekesekutif ANN dan baru-baru ini menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat bagi mengiktiraf kepimpinan beliau dalam tanggungjawab sebagai pengarang media dan kecemerlangan kewartawanan dari Sidang Kemuncak Ekonomi China Dunia.

"Saya berbesar hati kerana dilantik rakan-rakan di ANN untuk mempengerusikan lembaga ini, bagi meneruskan beberapa inisiatif media serantau dalam beberapa tahun akan datang," kata Leanne.

Lembaga Eksekutif ANN mengadakan mesyuarat tahunan di Bangkok pada minggu lalu, sempena Program Media Asia Konrad Adenauer Stiftung.

Keanggotaan ANN terdiri daripada Daily Star, Bangladesh; Kuensel, Bhutan; Borneo Bulletin, Brunei; Ramei Kampuchea, Kemboja; China Daily; The Statesman, India; The Jakarta Post, Indonesia; The Japan News dan Yomiuri Shimbun, Jepun; Vientiane Times, Laos; The Star dan Sin Chew Daily, Malaysia; GoGo Mongolia; Eleven Media Group, Myanmar; Kathmandu Post, Nepal; Dawn, Pakistan; Philippine Daily Inquirer, Filipina; The Straits Times, Singapura; Korea Herald; The Island, Sri Lanka; Taiwan's China Post; The Nation, Thailand; dan Vietnam News.

Artikel Lain