SEBUAH video yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai kurang siuman melakukan kekacauan menjadi tular selepas bertindak mecampakkan barangan dari dalam kedai serbaneka sebuah stesen minyak di ibu negara tengah hari tadi. Menerusi video berdurasi 2 minit 51 saat yang dimuatnaik secara Live di Facebook itu kelihatan seorang lelaki mengamuk sambil diperhatikan orang awam yang berada di tempat kejadian.