JOHOR BAHRU: Reman terhadap pembantu warden asrama madrasah tahfiz yang didakwa memukul seorang pelajar dilanjut tiga hari lagi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman berkata reman ke atas individu berumur 29 tahun itu yang berakhir Rabu akan disambung hingga Sabtu ini. Dia ditahan Sabtu lepas untuk membantu siasatan kes seorang pelajar madrasah itu yang didakwa dipukul sehingga kedua belah kakinya terpaksa dipotong.-- Bernama