suria

Umno Bukan Lagi Musuh Terbesar PAS - Perwakilan P.Pinang

ALOR SETAR: Umno tidak lagi dianggap sebagai musuh terbesar PAS sebaliknya, DAP menjadi penghalang utama parti Islam itu untuk melaksanakan agendanya.

Perwakilan PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah menerusi perbahasan ucapan presiden, berkata, DAP menjadi musuh terbesar PAS disebabkan dasar parti itu yang anti-Islam dan menolak RUU355.

Selain itu, katanya, parti yang memerintah Pulau Pinang tersebut juga memfitnah ulama apabila ada pemimpin DAP menggelar penceramah terkemuka, Dr Zakir Naik sebagai syaitan.

Malah beliau juga menyifatkan politik DAP sebagai politik rimba, binatang dan bersifatkan dendam kerana sanggup memecat ahli majlis dalam kalangan ahli PAS kerana tidak sebulu dengan dasar mereka.

"Mereka (DAP) juga mengganggu soal agama Islam termasuk penfatwaan di Pulau Pinang sehingga menyebabkan masih ada fatwa yang tergantung.

"Malah ada ahli Parlimen DAP dari Kuching menentang, mempertikai ustaz atau ustazah yang dihantar dari semenanjung ke Sarawak," katanya.

Terdahulu, perwakilan PAS Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob juga membidas DAP sebagai sebuah parti yang anti-Islam kerana menentang RUU355.

Sebaliknya, beliau berkata, PAS di Kelantan sebagai contoh, sentiasa menjaga kebajikan serta membantu orang bukan Islam.

"Kita bertelagah dengan DAP tetapi dengan kaum Cina yang lain kita terima mereka sebab itu di dalam PAS masih ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"DHPP perlu memainkan peranan untuk memberi penjelasan kepada kaum-kaum lain agar tidak takut bersama PAS," katanya.


Muktamar PAS, Yusni Mat Piah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain