suria

Kenyataan Azmin Bukti PKR Lemah Di Perak - Zambry

Zambry Abd Kadir (kiri) menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Pegawai Daerah Kinta, Tarmidzi Abd Manap pada majlis di bangunan setiausaha kerajaan negeri. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri S. Thangasvari (tengah).

IPOH: Hasrat Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menjadikan Perak sebagai ''anak angkat '' jelas menunjukkan betapa lemahnya PKR di negeri ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu berkata BN negeri tidak gentar malah sudah biasa dengan kenyataan seumpama itu kerana pembangkang sejak dahulu lagi berebut untuk mengambil alih Perak tetapi keadaan menentukan sebaliknya.

"Saya tidak mahu bercakap besar, biar mereka tunjukkan ''kuku'' atau susun perancangan untuk mengambil Perak," katanya pada sidang media di sini, Selasa ketika diminta mengulas kenyataan Mohamed Azmin baru-baru ini bahawa PKR berhasrat menjadikan Perak sebagai anak angkat bagi mengambil alih negeri itu daripada BN pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Zambry berkata apa yang penting, BN Perak akan terus bekerja untuk kesejahteraan rakyat dan biar rakyat menilainya.

Terdahulu, menteri besar menyampaikan surat tawaran lot kediaman Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bemban Rakyat kepada penduduk setinggan Buntong di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan.-- Bernama 


Azmin, Zambry

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain