suria

"Tuduhan Dahsyat" - Isteri Warga Turki Ditahan

KUALA LUMPUR: Isteri  kepada tiga warga Turki yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas, percaya suami mereka bukan pengganas dan terdapat salah faham yang membawa kepada penahanan suami mereka.

Menuntut pihak berkuasa melepaskan suami mereka, Ayse Gul Karaman, 38, isteri kepada Turgay Karaman berkata, pihak polis tidak akan dapat mencari sebarang petunjuk yang mengaitkan suaminya dengan kegiatan pengganas kerana semuanya adalah salah faham. 

"Dia adalah penyayang...dia suka membantu dan penyabar. Bagaimana mereka boleh menuduh mereka (suami mereka)  atas tuduhan yang tidak munasabah dan dahsyat ini seperti terbabit dalam pembunuhan," ajunya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Ayse berkata, keluarganya telah menetap di Malaysia selama 15 tahun dan telah menganggap negara ini sebagai rumah mereka kerana semua anak mereka lahir di sini.

Dia juga menegaskan keganasan adalah perkara terakhir yang akan dilakukan suaminya kerana ia adalah bertentangan dengan kepercayaan dan prinsipnya.

"Saya mahu polis membebaskan suami dan dua lagi yang lain dan saya mahu kerajaan Malaysia membantu kami," katanya.

Ditanya jika khuatir Turgay akan dihantar pulang ke Turki, Ayse berkata, tiada apa-apa yang dilakukan oleh mereka yang bertentangan dengan undang-undang negara ini dan kerajaan Malaysia tidak akan berbuat demikian. 

Timbal Ayse, dia pernah melihat suaminya sekali selepas ditahan, ketika polis datang ke rumahnya untuk mengambil pasport Turgay tetapi pasportnya disimpan oleh peguam mereka.

Ayse ditemani Hatice Ozcelik, 42, isteri kepada Ismet Ozcelik, 57, yang ditahan Khamis leaps.

Ozcelik ditahan dua hari selepas penahanan Turgay, 43, dan Ihsan Aslan, 37, pada Selada.

Isteri Ihsan, Ainnurul  Aisyah Yunos Ali Maricar melahirkan kebimbangan jika suaminya dihantar pulang tanpa perbicaraan yang adil di Malaysia. 

"Jika terdapat sebarang bukti yang mengaitkan Ihsan atas apa-apa kesalahan yang mengancam keselamatan rakyat Malaysia, saya berharap demi tiga anak saya yang semuanya adalah rakyat Malaysia, termasuk seorang anak menghidap autisme, Ihsan tidak akan dihantar pulang," katanya. 

Tambahnya, Ihsan harus diberi peluang untuk mempertahankan dirinya dalam perbicaraan yang adil di mahkamah Malaysia. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengguna pakai program deradikalisasi ke atas tahanan warga asing yang dipercayai terlibat dengan gerakan ekstremis sebagai antara usaha untuk mengekang keganasan.

Dia menegaskan untuk melaksanakan program itu ke atas warga asing, ia perlu mendapat kebenaran daripada negara terlibat terlebih dahulu dan program deradikalisasi itu lazimnya untuk warga Malaysia yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti berkaitan ekstremisme dan keganasan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain