suria

Tersepit Rim Motosikal

Orang ramai cuba membantu mangsa di lokasi kejadian. - gambar Fcaebook.

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun patah kaki kanan selepas tersepit pada rim motosikal yang ditunggang ibunya di Jalan Sungai Ular, Kulim, Ahad.

Dalam kejadian pada 7 pagi Ahad mangsa membonceng motosikal dalam perjalanan ke sekolah sebelum kakinya tersepit.

Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohd Naim Mat Jaaffar dalam kenyataannya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 7.06 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

"Sebaik tiba, anggota bomba mendapati kaki mangsa tersepit pada bahagian rim motosikal sebelum operasi mengeluarkan kaki mangsa dilakukan.

"Mangsa diserahkan kepada ambulans sebelum dihantar ke Hospital Kulim dan operasi tamat pada 7.37 pagi," katanya.

Sebuah jentera dengan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech terlibat dalam operasi menyelamat. - BERNAMA

patah kaki, rim motosikal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan