PONTIAN: Tanda tanya berhubung bau busuk yang menyelubungi sebuah kedai makan tom yam di Jalan Syawal berdekatan dengan Balai Polis Lama Pontian, di sini terjawab dengan penemuan mayat seorang tukang masak, pagi Sabtu. Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, mangsa Mohamad Yunuh, 48 dikenali sebagai ‘ Mad Tomyam’ berasal dari Narathiwat, Thailand. Menurut beliau, pihak polis menerima panggilan dari pemilik kedai tersebut yang dikenali sebagai Salleh Abdullah pada jam 10.45 pagi memaklumkan mengenai penemuan satu mayat di bahagian atas kedai tersebut. Katanya, tiada sebarang kesan pecah atau geledah di lokasi penemuan mayat tersebut, di mana barang berharga serta wang tunai milik mangsa masih ada berhampiran dengan tempat mangsa terbaring. Keadaan mayat yang berbau ditemui di kedai makan tom yam di Jalan Syawal. - Sinar Online Keadaan mangsa juga telah berbau dan berulat dipercayai telah mati beberapa hari lalu berdasarkan kepada resit pembelian barangan yang bertarikh 27 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini. Tambah Zakaria, temubual dengan beberapa orang awam di situ menyatakan kali terakhir mereka melihat mangsa pada 27 April lalu. "Mangsa dikatakan sakit kepala dan tidak membuka perniagaan pada hari tersebut. “Tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat," katanya. - Sinar Online