SUDAHLAH memandu di bawah pengaruh alkohol, berani pula merakam dan menyebarkan klip video berunsur penghinaan terhadap polis. Dan akibat dari perbuatannya itu, seorang deejay kelab malam di hadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. Ooi Kok Wei, 31 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman di atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.