DUA warga emas hari ini dihadapakan ke Mahkamah Sesyen Ipoh diatas 12 pertuduhan memperdagangkan kanak-kanak berusia 11 hingga 13 tahun yang dipercayai dieksploitasi sebagai peminta sedekah pada 7 dan 8 Oktober tahun lalu. Tertuduh Muslim Ab Karim, 66, dan isterinya Zaleha Mohamad, 54, dituduh secara bersama mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.