KOTA KINABALU: Satu 'drama' tebusan berlaku di Jalan Damai apabila seorang lelaki mengacukan sebilah pisau ke leher seorang wanita. Polis telah mengepung Jalan Damai dan perunding cuba menenangkan suspek dan memujuk untuk melepaskan wanita itu. Motif tindakan lelaki itu tidak diketahui. Dipercayai lelaki itu telah membawa wanita tersebut dari sebuah rumah di Jalan Harrington berhampiran Luyang Restoran Luyang dan diseret ke Jalan Damai kira-kira pukul 7.30 malam Rabu. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supritendan George Abd Rahman berada di tempat kejadian. Pada pukul 9.20 malam, lelaki itu dilihat duduk di atas jalan raya dan pisau masih di leher wanita tersebut. Ditangan wanita itu juga turut kelihatan seperti memegang sebuah telefon bimbit. Pada pukul 9.36 malam, polis bertindak meluru ke arah lelaki itu dan menangkapnya. Situasi tebusan berakhir pukul 9.43 malam. Wanita yang menjadi tebusan itu diberi rawatan perubatan di dalam sebuah ambulan.