suria

Harga Petrol, Diesel Naik Empat Sen

PETALING JAYA: Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 akan naik empat sen bagi minggu keempat bulan Mei bermula Khamis.

Harga RON95 dan RON97 akan naik sebanyak 4 sen kepada RM2.12 seliter (dari RM2.08) dan RM.2.40 seliter (RM2.36).Harga diesel akan  daripada RM1.99 kepada RM2.03 seliter.

Harga baru akan bermula Khamis hingga 31 Mei ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga baharu mingguan itu menerusi Twitter pada Rabu.

Pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga berkenaan dilakukan bagi menggantikan kaedah sebelumnya iaitu secara bulanan, seperti yang diumumkan menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 22 Mac lalu berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 22 Februari lepas.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang ditetapkan sejak 1983.

Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan itu mengguna pakai formula APM bermula Disember 2014.

Harga minyak naik

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan