suria

MRR2 Dilanda Banjir Kilat

Kesesakan lalu lintas di MRR2. Foto Twitter @Der_Asir

KUALA LUMPUR: Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Batu Caves menghala ke arah Seri Gombak dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih dua jam petang Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, hujan lebat sejak 4 petang menyebabkan kawasan terbabit dinaiki air dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas, namun keadaan terkawal.

"Kami turut menerima laporan berkenaan kejadian dahan sekah yang terkena bumbung perhentian bas di Perhentian Pekeliling di sini akibat hujan lebat," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Khirudin berkata, skuad penyelamat yang tiba di lokasi telah memotong dan mengalihkan sisa tersebut ke bahu jalan serta melakukan kerja pembersihan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain